BIODATA BLOGGER

Buat pembuka kata eloklah diceritakan serba sedikat tentang biodata penulis. Aku ialah Rizuan Bin Hamid, lahir pada 28 Disember 1976 di Kampung Beseri, Perlis. Bersekolah di Sek. Keb. Santan, kemudian ke Sek. Men. Keb. Agama Alawiyah Arau Perlis sehingga tingkatan 3. Meneruskan pengajian ke MRSM Beseri ketika ting 4 dan menyambung ke Sek. Men. Derma pada ting. 5. Meneruskan pengajian ke UiTM Shah Alam dalam bidang Diploma Statistik dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Statistik pada tahun 1998. Bekerja secara kontrak dengan TNB selama 1 ½ tahun. Berhenti dan memohon menjadi guru. Menamatkan KPLI di IPDA dalam bidang Matematik pada tahun 2001. Mula mengajar di Sek. Men. Keb. Dato Jaafar Hassan pada tahun 2002 sehingga sekarang.

Sunday, April 20, 2008

KISAH DONGENG DULU KALA

Cakap Besar.....

Pada zaman dahulu terdapat sekumpulan penduduk di sebuah kampung yang suka bercakap yang besar2. Si Abu telah menceritakan apa yang hebat yang dia pernah lalui. Dia telah melihat buah tembikai yang begitu besar, sehingakan apabila sudah pukul sepuluh baru lah dapat dirasakan nikmat pagi hari, kerana sebelum itu cahaya terlindung oleh buah tembikai itu.
Si Bakar pula telah melihat pokok durian yang cukup tinggi, tinggi mana, begini ceritanya. Apabila penduduk kampung ingin membuat kenduri pulut durian pada hari esok, maka pada petang hari ini harus dijolok dahulu kerana buah durian hanya akan jatuh ke tanah pada pagi esoknya............, begitulah tingginya pokok durian itu.
Si Daud pula menceritakan pengalamannya mendapat ikan haruan yang cukup besar, begini ceritanya. Apabila disiang dan dibelah perut ikan haruan itu untuk dibuat bantut, maka satu perkara menarik telah ditemui, iaitu sebuah mesin padi masih lagi berjalan memotong padi, tut....tut....tut...bunyinya............, begitulah besar nya dongeng orang dulu2.................
Makan Kenduri.....
Terdapat seorang yang kaki pembohong, pada suatu hari si pembohong ini telah pergi ke pasar sehari (nat) , dia telah membeli ikan dan lain lain keperluan. Semasa dalam perjalanan pulang dia telah melalui sekatan jalanraya pihak polis, kebetulan pegawai polis itu mengenalinya. Lalu pegawai itu pun telah menyuruh dia menceritakan satu kisah orang yang bercakap bohong, namun dia telah menolaknya kerana dia tidak mempiunyai masa kerana dia harus pulang untuk menghantar barang2 keperluan untuk isterinya, namun pegawai itu berkeras juga dia mesti menceritakan jugak satu cerita bohongnya. Si pembohong ini masih berkeras yang dia perlu pulang awal, tetapi memandangkan dia ada membuiat sekikit kenduri di rumahnya, jadi dia menjemput kawan2 si pegawai polis itu untuk ke rumahnya untuk makan kenduri, oleh itu pegawai polis itu pun menerima pelawaannya. Habis kerja mereka pun bergegas ke rumah si pembohong ini, apa yang memeranjatkan mereka ialah tidak ada keramaian sebagai rumah kenduri pun di rumah si pembohong ini, kemudian si pembohong ini pun telah menyapa pegawai polis dan kuncu2 nya, itulah, tadi tuan suruh saya buat cerita bohong, jadi saya pun buat lah sedikit................., mintak maaflah tuan yer.............................. itulah kisah sipembohong................................

Saturday, April 12, 2008

RUANGAN FAKTA

FAKTA 1

Alexander Graham Bell adalah pencipta telefon yang pertama.......................

FAKTA 2

Raja gula adalah orang yang paling kaya di Malaysia.............................

FAKTA 3

China merupakan negara kedua terbesar di dunia..........