BIODATA BLOGGER

Buat pembuka kata eloklah diceritakan serba sedikat tentang biodata penulis. Aku ialah Rizuan Bin Hamid, lahir pada 28 Disember 1976 di Kampung Beseri, Perlis. Bersekolah di Sek. Keb. Santan, kemudian ke Sek. Men. Keb. Agama Alawiyah Arau Perlis sehingga tingkatan 3. Meneruskan pengajian ke MRSM Beseri ketika ting 4 dan menyambung ke Sek. Men. Derma pada ting. 5. Meneruskan pengajian ke UiTM Shah Alam dalam bidang Diploma Statistik dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Statistik pada tahun 1998. Bekerja secara kontrak dengan TNB selama 1 ½ tahun. Berhenti dan memohon menjadi guru. Menamatkan KPLI di IPDA dalam bidang Matematik pada tahun 2001. Mula mengajar di Sek. Men. Keb. Dato Jaafar Hassan pada tahun 2002 sehingga sekarang.

Sunday, March 1, 2009

It Hurts To Love Someone..................

It hurts to love someone and not be loved in return,
Maybe God wants us to meet a few wrong people
before meeting the right one .
A careless word may kindle strife;
a cruel word may wreck a life;
a timely word may level stress;
a loving word may heal and bless.

When you were born;
you were crying and
everyone around was smiling.
Live your life so that when you die,
you’re the one who is smiling
and everyone around you is crying.

Saturday, January 3, 2009

RUANGAN UJI MINDA

UJI MINDA 1

si x adalah anak kepada si y, x memang ada pertalian darah dengan si y, tetapi si y tak nak mengaku dia ayah kepada si x, kenapa............?


jawapannya..........................sebab si y adalah emak si x.....oarait..

UJI MINDA 2

pinjam ayah rm25, pinjam mak rm25, total rm50, beli baju rm45, balance rm5, ambik rm1 bayar ayah, ambik rm1 bayar emak, balance rm3, hutang ayah tinggal rm24, hutang emak rm24, rm24 + rm24 = rm48, rm48 + balance = rm48 + rm3 = rm 51, dari mana datang rm1.........

jawapannya..........................tgu minggu depan............

UJI MINDA 3

benda apa yang kepalanya merah, badannya hijau, ada juga yang biru, ungu, merah, najisnya warna kelabu asap,.......................

jawapannya.......................ubat nyamuk.......................


UJI MINDA 4

sekolah apa yang tak dak budak, tak dak cikgu, tak dak pekerja, tak dak perhimpunan, dan lain2.......................

jawapannya.......................... sekolah cuti lah..............

UJI MINDA 5

benda apa yang ada kaitan dengan pisang tapi orang tak panggil pisang...........

jawapannya ........................ cucur kodok......................

UJI MINDA 6

kuih apa yang orang makan di tepi sahaja sementara yang tengahnya orang tak makan.........

jawapannya ............................................. kuih donat

UJI MINDA 7

2 4 4 3 4 , apa itu ...................

jawapannya .................... sembahyang 5 waktu ....

UJI MINDA 8

Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan berbanding dengan biri-biri2 hitam................

jawapannya........................sebab biri-biri putih lebih banyak berbanding biri-biri hitam di dunia

UJI MINDA 9

Benda apa ikan di dalam , ayam di luar.........................

Jawapannya.......................................sardin cap ayam.................hua hua hua

UJI MINDA 10

Banyak2 tempat, tempat yang mana ayernya tak pernah jerneh......................

Jawapannya.................................Ayer Hitam laaa...................

UJI MINDA 11

Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa................

Jawapannya ...............................Ikan jadi banyak.............................

UJI MINDA 12

Dalam banyak2 ikan, ikan apa yang selalu kena sakit perut.............

Jawapannya...........................Ikan Kembung...........................

UJI MINDA 13

Lembu apa yang selalu dicari..................................

Jawapannya..............................Lembu yang hilang......................

UJI MINDA 14

Kereta apa yang orang tak panggil kereta.............................

Jawapannya......................Teksiiiiiii................
UJI MINDA 15

Thursday, January 1, 2009

idea aku.............. tentang pendidikan sekarang....

Pendidikan pada zaman sekarang sangat mencabar. Bukan calang-calang insan yang memilih guru sebagai profesiyennya hari ini. Mereka ini semestinya berdaya tahan dan sabar yang tinggi. Kondisi kelas dan karenah pelajar hari ini bukan lagi semudah yang dijangka. Ibarat kata pepatah, semakin besar periuk semakin banyak keraknya. Itulah juga yang terjadi padi masa kini. Kepelbagaian teknologi, persekitaran yang cukup terbuka telah memberi kebebasan yang tak sepatutnya kepada pelajar kita. Saban tahun kita sentiasa mendengar keputusan peperiksaan itu dan ini meningkat.............., memang diakui ada yang meningkat. Tetapi, di sebalik peningkatan itu ada perkara yang baik dan ada yang buruk tersirat di dalam agenda peperiksaan kita.
Senario bidang pendidikan pada hari ini sudah jauh berubah jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran 20 tahun dahulu. Jika kita melakukan perubahan, maka kita harapkan perubahan itu akan mencapai matlamat yang positif. Tetapi, amatlah mendukacitakan jika sekiranya, hanya sebahagian sahaja matlamat itu yang berjaya dicapai secara nampak dan telus. Namun, kita bimbang kesan-kesan yang tidak nampak pada mata kasar, tetapi memberi kesan yang cukup menyedihkan di masa akan datang.


Antara beberapa perkara yang terlintas di kepala penulis adalah:
1) Ketelusan kurikulum pendidikan sekarang.
2) Standard kelulusan bagi pelajar-pelajar di Malaysia
3) Penerimaan pelbagai aktiviti dari pihak lain untuk pelajar
4) Keberkesanan kerja sebagai seorang guru sejati
5) Kaedah kawalan oleh guru di sekolah
6) Masalah Rempit dan gejala social
7) Anugerah cemerlang yang dikatakan aktiviti terancang. Disuarakan oleh Khir Toyo pada 9 Julai 2007 Buletin Utama TV3
8) dg
9) ffgf