BIODATA BLOGGER

Buat pembuka kata eloklah diceritakan serba sedikat tentang biodata penulis. Aku ialah Rizuan Bin Hamid, lahir pada 28 Disember 1976 di Kampung Beseri, Perlis. Bersekolah di Sek. Keb. Santan, kemudian ke Sek. Men. Keb. Agama Alawiyah Arau Perlis sehingga tingkatan 3. Meneruskan pengajian ke MRSM Beseri ketika ting 4 dan menyambung ke Sek. Men. Derma pada ting. 5. Meneruskan pengajian ke UiTM Shah Alam dalam bidang Diploma Statistik dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Statistik pada tahun 1998. Bekerja secara kontrak dengan TNB selama 1 ½ tahun. Berhenti dan memohon menjadi guru. Menamatkan KPLI di IPDA dalam bidang Matematik pada tahun 2001. Mula mengajar di Sek. Men. Keb. Dato Jaafar Hassan pada tahun 2002 sehingga sekarang.

Thursday, January 1, 2009

idea aku.............. tentang pendidikan sekarang....

Pendidikan pada zaman sekarang sangat mencabar. Bukan calang-calang insan yang memilih guru sebagai profesiyennya hari ini. Mereka ini semestinya berdaya tahan dan sabar yang tinggi. Kondisi kelas dan karenah pelajar hari ini bukan lagi semudah yang dijangka. Ibarat kata pepatah, semakin besar periuk semakin banyak keraknya. Itulah juga yang terjadi padi masa kini. Kepelbagaian teknologi, persekitaran yang cukup terbuka telah memberi kebebasan yang tak sepatutnya kepada pelajar kita. Saban tahun kita sentiasa mendengar keputusan peperiksaan itu dan ini meningkat.............., memang diakui ada yang meningkat. Tetapi, di sebalik peningkatan itu ada perkara yang baik dan ada yang buruk tersirat di dalam agenda peperiksaan kita.
Senario bidang pendidikan pada hari ini sudah jauh berubah jika hendak dibandingkan dengan pembelajaran 20 tahun dahulu. Jika kita melakukan perubahan, maka kita harapkan perubahan itu akan mencapai matlamat yang positif. Tetapi, amatlah mendukacitakan jika sekiranya, hanya sebahagian sahaja matlamat itu yang berjaya dicapai secara nampak dan telus. Namun, kita bimbang kesan-kesan yang tidak nampak pada mata kasar, tetapi memberi kesan yang cukup menyedihkan di masa akan datang.


Antara beberapa perkara yang terlintas di kepala penulis adalah:
1) Ketelusan kurikulum pendidikan sekarang.
2) Standard kelulusan bagi pelajar-pelajar di Malaysia
3) Penerimaan pelbagai aktiviti dari pihak lain untuk pelajar
4) Keberkesanan kerja sebagai seorang guru sejati
5) Kaedah kawalan oleh guru di sekolah
6) Masalah Rempit dan gejala social
7) Anugerah cemerlang yang dikatakan aktiviti terancang. Disuarakan oleh Khir Toyo pada 9 Julai 2007 Buletin Utama TV3
8) dg
9) ffgf

1 comment:

  1. kalo kita dah tau pelajar tu takleh nak 'pi' dah..awat kita dok sogok pelajar tu dengan kurikulum yang dia takleh nak bawak? sekolah cina tak mcm tu...mulai pelajar tersebut form 1, depa dah mula juruskan bidang2 kemahiran tertentu kepada pelajar tersebut...akhirnya, bila tamat form 5, pelajar tersebut boleh berdikari dan seterusnya membuka perniagaan sendiri.. bukankah itu yang kita harapkan pada pelajar2 kita? Apa yang dapat aku tgk dari kurikulum yang sedia ada skang ni, bermula form 4...baru la pelajar tersebut boleh memilih jurusan yang diminati...tp hanya 2 tahun je untuk mereka meneruskan persekolahan mereka dengan jurusan yang mereka minati... sudahnya....apa yang aku perhatikan, pelajar kelas tercorot tu la yang bakal mendatang masalah pada komuniti & negara pada masa hadapan...sbbnya, dengan akademik yang lemah..sudah tentu mereka ini gagal mendapatkan pekerjaan yang baik kelak dan juga mereka akan sukar untuk membuka perniagaan sendiri... akhirnya kita terus cemerlang menghasilkan sampah masyarakat seperti yang sedia ada sekarang ni...

    ReplyDelete